Pada dua minggu yang lepas bersamaan 21/10/2012 pada hari selasa, jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi saya telah mengajar murid murid tahun 4 dalam matapelajaran Pendidikan Agama Islam dalam tajuk :- Pengertian syarat wajib solat dan syarat sah solat.
Standard yang digunakan ialah :- Memahami Syarat wajib dan syarat sah solat.
Standard Pembelajaaran pula ialah :- Menyatakan pengertian syarat syarat wajib dan syarat sah solat serta menyenaraikan dan menjelaskan syarat syarat wajib dan syarat sah solat.
Objektifnya pula ialah :- Diakhir pelajaran murid dapat :-
1. Menyatakan pengertian syarat syarat wajib solat.
2. Menyenaraikan syarat syarat wajib solat satu persatu.
3. Menjelaskan syarat syarat wajib solat satu persatu.
Akviti pengajaran dan pembelajaran pula ialah :-
1. Bersoal jawab pengertian syarat wajib solat
2. Saya menerangkan kepada murid tentang pengertian syarat wajib solat.
3. Sumbang saran syarat syarat wajib solat.
4. Saya gunakan juga sesi perbincangan bersama murid secara beramai ramai
dan bekumpulan tentang syarat syarat wajib solat.
E.M.K pula ialah :- Keusahawanan ( berkeupayaan memimpin , yakni boleh bekerjasama dalam kumpulan
Bertanggungjawab terhadap keputusan, yakni boleh menyiapkan tugas yang diberi oleh
guru sehingga selesai.
Bahan bantu mengajar yang saya gunakan ialah :-
1. Kad imbasan
2. Buku kerja murid
3. Lembaran kerja murid
Penilaian pengajaran dan pembelajaran pula ialah :-
1. Membaca semula pengertian syarat wajib solat
2. Mengenal pasti syarat syarat wajib solat yang betul
3. Menjelaskan syarat wajib solat
KBKK :- 1. Menjana idea, murid dapat menyebut syarat wajib solat satu persatu, dan dapat menyebut
syarat sah solat satu persatu.
Pengetahuan sedia ada :- Ada diantara murid yang dapat membezakan diantara syarat wajib solat dan syarat
sah solat.
Langkah 2 yang saya gunakan ialah :-
1. Guru menerangkan kepada murid tentang pengertian syarat wajib solat
dan syarat sah solat kepada murid satu persatu.
2. latih tubi membaca pengertian syarat wajib solat.
3. Sumbang saran tentang tentang syarat syarat wajib solat
4. Guru membuat rumusan bersama murid.
5. Guru berbincang bersama murid.
6. Guru menilai tugasan murid.
Aktiviti murid pula ialah :-
1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan, setiap kumpulan diberikan lembaran
kerja.
2. Murid dikehendaki memahami pernyataan yang diberi kemudian berbincang
tentang syarat syarat wajib solat dan sebab sebabnya.
3. Murid membentangkan hasil perbincangan.
4. Murid membaca pengertian syarat wajib solat secara kelas.
5. Murid dapat membaca dan memahami pengertian syarat sah solat
6. Murid menerima dan menyelesaikan tugasan yang diberi mengikut tempoh yang
ditetapkan oleh murid.
Amalan berterusan :- 1. Murid diingatkan jangan sesekali meninggalkan solat fardu.
Refeleksi : Diakhir pelajaran 11 orang murid dapat menguasai kemahiran di atas 2 orang murid kurang menguasai dan diberi bimbingan.
CONTOH LEMPIRAN KERJA YANG DITUGASKAN KEPADA MURID.
Lengkapkan jadual dibawah,
Pernyataan Hukum Sebab
Wajib solat / Tidak wajib solat
1/ Fatihah Wong baru memeluk islam ( wajib solat )
2/ Aminah berumur tiga tahun ( ) Belum baligh
3/ Raihani belum mandi wajib ( )
4/ Pakcik Sukri telah disabitkan gila ( )
5/ Noraini suci daripada najis ( )
CONTOH CONTOH LEMBARAN KERJA MURID
Nomborkan pengertian syarat wajib mengikut susunan yang betul dan tulis semula.
Mendirikan solat ( )
Syarat wajib solat ertinya ( )
Seseorang itu ( )
Perkara perkara tertentu ( )
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Tandakan ( / ) pada syarat syarat wajib solat yang betul.
1/ Islam ( )
2/ Menutup aurat ( )
3/ Gila ( )
4/ Suci daripada hadas ( )
5/ Berakal ( )
6/ Baligh ( )
7/ Berhadas ( )
8/ Kafir ( )
Rancangan mengajar yang baik.Saya setuju dengan lembaran kerja cikgu,yang sederhana murid mudah faham dan tidak membebenkan murid -murid untuk menjawab soalan soalan yang diberikan.
ReplyDelete